PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan untuk menangguhkan peraturan yang mewajibkan paparan harga ubat di klinik swasta dan memberi fokus kepada isu lebih penting.
Presidennya, Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira berkata, kerajaan perlu menyelesaikan isu lama berkaitan jadual fi klinik swasta dan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan penjualan ubat preskripsi di farmasi serta secara dalam talian dikawal lebih ketat.
Menurut beliau, perkara tersebut perlu diusahakan dulu oleh kementerian sebelum melaksanakan peraturan wajib untuk ...