Blog

Ribut salji cetus gangguan perjalanan di Istanbul

blank

ISTANBUL: Ribut salji yang melanda Istanbul sejak Khamis, menyebabkan gangguan perjalanan dan memaksa sekolah ditutup selama dua hari berturut-turut, lapor Xinhua. Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan cuaca buruk dilaporkan sejak semalam. Gangguan turut dilaporkan di Lapangan Terbang Istanbul di bahagian Eropah dan Lapangan Terbang Sabiha Gokcen di bahagian Asia. … Read More →

blank

Tak perlu jumpa saya, saya beri mandat penuh kepada Fadillah– Anwar

BANGI: Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau tidak perlu terlibat dalam perbincangan mengenai penyaluran peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang kerana telah memberi mandat itu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Anwar berkata, sudah dua tahun lebih pembangkang berdolak dalih mengenainya sedangkan pihak kerajaan tidak ada sebarang masalah.

Beliau menambah, kerajaan sudah beri mandat penuh kepada Fadillah untuk berbincang dengan ahli pembangkang.

“Tak payah saya sendiri(jumpa pembangkang), saya nak jumpa mereka secara berasingan tidak mengapa tetapi  memang mandat diberikan oleh semua jemaah ...

Read More →
blank

Wanita Malaysia ditahan bersama 1,542 biji pil yaba

GOLOK, THAILAND: Seorang wanita warganegara Malaysia ditahan bersama 1,542 biji pil yaba dan 39 gram dadah jenis syabu selepas polis melakukan serbuan di dua lokasi berasingan iaitu di Choltharan Khet Road dan Witiutok Road di daerah kecil Sungai Golok pada 11 Februari lalu.

Dalam serbuan itu, polis turut menahan seorang lagi wanita warga tempatan bagi membantu siasatan berkaitan dengan rampasan bahan terlarang itu.

Ketua Polis Sungai Golok, Kol Pol Jetsadawit Inprapan berkata, wanita Malaysia yang ditahan itu berusia 54 tahun.

“Wanita tempatan ...

Read More →
blank

ADUN Ayer Kuning meninggal dunia

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan empat penjuru di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum wakil rakyat yang berumur 59 tahun itu dilaporkan menghembus nafas akhir ketika dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapat rawatan lanjut.

Perkara itu disahkan oleh rakannya, Mohd Zakaria Mohamad yang juga bekas ...

Read More →
blank

Bersatu Pahang fokus hadapi PRU16

KUANTAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang bersama gabungan parti itu dalam Perikatan Nasional (PN) akan memberikan tumpuan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Pahang, Datuk Abdul Khalib Abdullah berkata, Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan semua BPN bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Tan Sri Presiden parti juga mengingatkan agar setiap jentera pilihan raya sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan memperkukuhkan parti di setiap bahagian dan cawangan.

“BPN ...

Read More →
blank

Adik-beradik Sahrom berentap di separuh akhir pecut ACC 2025

NILAI: Adik beradik pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Ridwan Sahrom mara ke separuh akhir acara pecut individu lelaki selepas mengatasi lawan masing-masing di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Velodrom Nasional Nilai, hari ini.

Shah Firdaus terlebih dahulu turun menentang wakil Thailand, Jai Angsuthasawit pada aksi suku akhir, menang 2-1 sekali gus mara ke separuh akhir.

Pelumba berusia 30 tahun itu seterusnya akan menentang atlet Jepun, Shinji Nakano pada perebutan tempat ke final esok.

Read More →
blank

Tangguh peraturan mewajibkan papar harga ubat, fokus isu lama -MMA

PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menggesa Kementerian Kesihatan untuk menangguhkan peraturan yang mewajibkan paparan harga ubat di klinik swasta dan memberi fokus kepada isu lebih penting.

Presidennya, Datuk Dr. Kalwinder Singh Khaira berkata, kerajaan perlu menyelesaikan isu lama berkaitan jadual fi klinik swasta dan melaksanakan langkah-langkah bagi memastikan penjualan ubat preskripsi di farmasi serta secara dalam talian dikawal lebih ketat.

Menurut beliau, perkara tersebut perlu diusahakan dulu oleh kementerian sebelum melaksanakan peraturan wajib untuk ...

Read More →
blank

PM bantu golongan miskin tegar di Permatang Pauh

KUALA LUMPUR: Seramai 221 orang penerima dalam kalangan miskin tegar di Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang menerima bantuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bantuan tersebut telah diserahkan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi.

Ahmad Farhan berkata, pertemuannya dengan golongan miskin tegar di Permatang Pauh bukan sekadar menyampaikan bantuan tetapi mendekati mereka yang benar-benar memerlukan malah memastikan mereka keluar daripada kemiskinan tegar.

“Mewakili Perdana Menteri, saya telah menyampaikan sumbangan kepada 221 penerima dari ...

Read More →
blank

Subsidi khas bantu 150 pasangan jalani IVF dapatkan anak

IPOH: Kerajaan negeri memperuntukan subsidi khas berjumlah RM600,000 buat 150 pasangan warga Perak bagi menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata.

Subsidi khas itu adalah menerusi program Permata Perak dengan subsidi sebanyak RM4,000 bagi setiap pasangan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat langkah itu juga boleh membantu meningkatkan kadar kelahiran di negeri ini.

“Saya dimaklumkan bahawa kaedah ini mampu meningkatkan kadar kejayaan sehingga 40-50 peratus, bergantung kepada keadaan kesihatan dan faktor individu pasangan yang menerima rawatan,” katanya semasa berucap ...

Read More →
blank

Perak FC mahu sekat JDT sahkan kejuaraan lebih awal

IPOH: Biarpun sedar berdepan tugas berat, Perak FC bertekad memberi saingan kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertembungan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 27 Februari ini.

Ketua Jurulatih Perak FC, Mohd. Yusri Che Lah berkata, Perak akan berusaha memberi tentangan kepada JDT yang pastinya akan turun dengan semangat yang tinggi, kerana jika menang, JDT akan mengesahkan kejuaraan liga kali ke-11 berturut-turut lebih awal.

Mohd. Yusri mengakui ia bukan satu tugas yang mudah, lebih-lebih lagi skuad kendalian Hector Bidoglio ...

Read More →
Page 636 of 2,284 «...610620630634635636637638...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X