Blog

The Gunners terkulai

blank

LONDON: Hasrat Arsenal untuk merapatkan jurang dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut 0-1 kepada West Ham di Emirates, sebentar tadi. Arsenal berpeluang merapatkan jurang dengan pendahulu liga, Liverpool, yang hanya akan beraksi menentang Manchester City malam ini, namun gagal memanfaatkan peluang apabila Jarrod Bowen muncul wira West Ham … Read More →

blank

Andreeva juara WTA 1000 termuda

DUBAI: Pemain tenis remaja Rusia, Mirra Andreeva, mencipta sejarah apabila menjadi juara termuda kejohanan WTA 1000 selepas menewaskan Clara Tauson dalam aksi final Terbuka Dubai, awal pagi tadi.

Pemain berusia 17 tahun itu, menampilkan aksi cemerlang dengan kemenangan 7-6 (7/1), 6-1 ke atas pemain Denmark itu, sekali gus melengkapkan minggu gemilangnya di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Sepanjang laluan ke final, Andreeva mengejutkan tiga juara Grand Slam, termasuk pemain pilihan kedua, Iga Swiatek.

Tauson, 22, sebelum ini turut mencipta kejutan dengan menumbangkan ...

Read More →
blank

Spurs benam Ipswich 4-1

IPSWICH: Brennan Johnson muncul wira Tottenham Hotspur apabila meledak dua gol pada separuh masa pertama sebelum jaringan Djed Spence dan Dejan Kulusevski memastikan kemenangan 4-1 ke atas Ipswich Town dalam aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.

Ipswich hampir membuka jaringan menerusi Liam Delap yang tandukannya terkena tiang sebelum Johnson menjaringkan dua gol untuk meletakkan Spurs di depan.

Tuan rumah merapatkan kedudukan menerusi Omari Hutchinson sebelum rehat tetapi gagal mencari gol penyamaan selepas berusaha keras di babak kedua.

Spurs menambah derita Ipswich ...

Read More →
blank

Fernandes ‘selamatkan’ United daripada kekalahan

LIVERPOOL: Bruno Fernandes menjadi watak utama kebangkitan Manchester United apabila membantu pasukannya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang Everton di Goodison Park, sebentar tadi.

United hampir mengalami kekalahan kesembilan dalam 13 perlawanan liga selepas jaringan Beto dan Abdoulaye Doucoure meletakkan Everton di depan dalam tempoh 33 minit pertama perlawanan.

Skuad pelawat bergelut mencari jaringan sehingga sepakan percuma Fernandes pada minit ke-72 merapatkan kedudukan sebelum Manuel Ugarte memastikan satu mata buat United dengan gol penyamaan.

Ketegangan memuncak di ...

Read More →
blank

Anak terkejut dapat tahu bapa meninggal dunia

GEORGE TOWN : “Dia memang hari-hari akan joging. Jadi, terkejut jugalah. Dia juga tak ada apa-apa masalah kesihatan.”

Itu kata anak kepada Allahyarham Ishsam Shahruddin iaitu Muhammad Iszul Imadi Ishsam, 29, ketika ditemui di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Pulau Pinang (HPP) malam ini.

Ishsam, 59, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning pengsan dan tidak sedarkan diri ketika berada di Stadium Bandaraya di sini kira-kira pukul 5.20 petang tadi.

Ketika kejadian, wakil rakyat Perak yang juga bekas pemain Perak ...

Read More →
blank

THT rangkul kejuaraan treble

PETALING JAYA: Pasukan Hoki Terengganu (THT) kembali merampas kejuaraan Piala TNB apabila menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-0 menerusi penalti shoot-out selepas terikat 1-1 dalam aksi final kejohanan itu di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini.

Kejayaan itu membolehkan skuad kendalian Mohd Harfizi Baharom merangkul kejuaraan treble apabila mereka sebelum itu memenangi Piala Sumbangsih menewaskan lawan yang sama, Januari lalu sebelum menjuarai Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.

Pada aksi tersebut, THT bermula dengan garang apabila hampir berada di depan ...

Read More →
blank

Melaka sah bergelar juara Liga Semi-Pro A1

MELAKA: Melaka FC memastikan status juara Liga Semi-Pro A1 diraikan dengan penuh bergaya apabila membelasah wakil dari Sibu, Sarawak, Macan FC 7-2 dalam perlawanan terakhir Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship musim 2024/2025 di Stadium Hang Jebat di sini malam tadi.

Kemenangan itu sekadar melengkapkan jadual perlawanan selepas Melaka FC lebih awal dinobatkan selaku juara Liga A1 meraih kemenangan ke-22.

Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Mohd Ali Rustam menyampaikan piala Liga A1 bersama Ketua Menteri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak ...

Read More →
blank

Perak kehilangan pemimpin berjiwa rakyat

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia di Pulau Pinang petang tadi, akan dikenang sebagai seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd. Azlan Helmi Helmi berkata, keperibadian Allahyarham yang mudah didampingi bukan sahaja disenangi penduduk di kawasan malah dalam kalangan rakan politik.

Katanya, sebagai salah seorang exco kerajaan negeri, beliau mengakui mempunyai hubungan baik dengan Allahyarham.

“Secara peribadi saya mengenali Allahyarham sebagai seorang yang peramah, periang, mudah didekati dan tidak terlalu ...

Read More →
blank

Jenazah Ishsam dikebumikan esok di Ipoh

IPOH: Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin dijangka tiba di kediamannya di Desa Seri Ampang di sini malam ini.

Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan pada pukul 11 pagi esok.

ADUN Ayer Kuning itu meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan empat penjuru di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang tadi.

Bekas pemain kebangsaan itu sempat diberikan rawatan awal di lokasi kejadian sebelum wakil rakyat ...

Read More →
blank

Kem memanah negara tutup kempen Piala Asia dengan pingat emas

PETALING JAYA: Skuad memanah negara menggegarkan kejohanan Piala Asia Peringkat Pertama di Bangkok, Thailand apabila menutup tirai dengan satu emas yang cukup berharga, hari ini.

Gandingan hebat Alang Ariff Aqil Ghazalli dan Fatin Nurfatehah Salleh mempamerkan aksi luar biasa, menewaskan pasangan Kazakhstan, Andrey Tyutyun dan Viktoriya Lyan dengan keputusan 152-149 dalam aksi final mendebarkan yang menyaksikan ketangkasan mereka di tahap terbaik.

Bagaimanapun, harapan untuk meraih emas kedua tidak kesampaian apabila skuad compound lelaki yang dibarisi Alang Ariff, Juwaidi Mazuki dan Syafiq ...

Read More →
Page 635 of 2,284 «...610620630633634635636637...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X