Blog

Melaka FC mohon ‘kerjasama’ syarikat swasta bantu pasukan ke Liga Super

PETALING JAYA: Juara Liga Semi-Pro A, Melaka FC bersedia untuk melangkah ke saingan tertinggi Liga Malaysia (Liga M) iaitu Liga Super pada musim hadapan.

Bagaimanapun, hasrat berkenaan masih perlu dinilai dan diteliti kerana Melaka FC perlu membelanjakan dana yang besar untuk beraksi di Liga Super.

Justeru, pemilik Melaka FC, Datuk Nur Azmi Ahmad berharap mana-mana pihak tampil untuk bersama pasukan sebagai penaja bagi memastikan impian beraksi di Liga Super 2025/2026 menjadi kenyataan.

Katanya, impian berkenaan dilakukan bukan demi kepentingan peribadi tetapi mahu ...

Read More →

Pasukan Tindakan Khas bantu mantap penguatkuasaan JPJ

SEREMBAN : Cadangan penubuhan Pasukan Tindakan Khas oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah merupakan mekanisme agensi itu dalam memantapkan penguatkuasaan dan tindakan terutamanya membabitkan kesalahan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, perkara tersebut (tubuh pasukan tindakan khas) dibawah kuasa Ketua Pengarah JPJ, bagi memantau keberkesanan pengkuatkuasaan dibawah.

“Saya sokong sepenuhnya, kerana beliau bertanggungjawab agensi dibawahnya. Kalau apa-apa isu timbul dia kena jawab kepada kementerian kalau ada mekanisme sendiri dan tindakan. Itu memang dibawah JPJ dan saya tidak mencampuri ...

Read More →
blank

Bercuti berdua dengan suami orang

Pening sudah Cik Bunga dengan kelakuan seorang artis wanita ini. Pada mulanya, Cik Bunga fikir dia sudah berubah sejak sudah berpisah dengan bekas suaminya sebelum ini. 

Iyalah, ada orang, bila sudah diuji berat dengan kegagalan rumah tangga, dia jadi serik untuk bercinta lagi apatah lagi hendak kembali mendirikan rumah tangga. 

Namun tak sangka juga ada manusia, tak pernah serik-serik. Pula itu, tak pernah serik merujuk kepada masih tak sedar diri dan tak nak ubah perangai ...

Read More →
blank

Jeritan batin isteri Shuk Sahar

Tolak ketepilah isu sondol-menyondol yang sebelum ini menjadi topik hangat melibatkan tiga penjuru iaitu Shuk Sahar, Rossa Sera dan Fara Salleh yang menjadi bualan orang. 

Hal itu pun sudah lama. Shuk pun akhirnya memilih untuk berpisah dengan bekas isteri dan Fara pula dikahwininya bagi menamatkan segala spekulasi dan kontroversi yang telah mencemar nama masing-masing.

Namun, Cik Bunga terkejut juga. Ingatkan setelah berkahwin dengan Fara, Shuk pun akan berubahlah atau sekurang-kurangnya mencuba menjadi seorang suami yang ...

Read More →
blank

PRK Ayer Kuning: Biar SPR tentukan tarikh

PETALING JAYA: Penentuan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepenuhnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telahpun menghubungi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad agar memaklumkan kekosongan kerusi terbabit kepada SPR bagi menentukan tarikh sesuai untuk mengadakan PRK di kerusi berkenaan.

“Kami tidak berasa tergesa-gesa untuk melakukannya, namun oleh kerana bulan Ramadan terlalu hampir, tentunya kita mengharapkan tarikh yang akan dipilih oleh SPR ini satu ...

Read More →
blank

UMNO tidak akan tutup pintu kerjasama-Ahmad Zahid

TAWAU: UMNO tidak akan menutup pintu kerjasama dengan mana-mana pihak yang memberi keuntungan politik kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO akan sentiasa membuka pintu secara sepatutnya bagi membolehkan UMNO memperoleh bilangan kerusi yang lebih berbanding PRN yang lalu.

“Kita tidak mahu perolehi kerusi sebagaimana kita peroleh pada PRN lalu dan kita sentiasa membuka pintu secara sepatutnya…kita tidak akan menutup ...

Read More →
blank

Kon Yeow sah bertanding pemilihan CEC DAP

BUKIT MERTAJAM : Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengesahkan bahawa beliau akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, bulan depan.

Menurut Kon Yeow, ketika ini, tempoh untuk mengemukakan pencalonan telah ditutup dan namanya telah berada dalam senarai calon yang akan bertanding pada sesi pemilihan parti itu.

“Saya mengesahkan bahawa akan bertanding untuk pemilihan CEC ini yang mana saya telah menjadi ahli sejak 2001 lagi. Jadi, saya masih bertanding dan dicalonkan serta tidak akan ditarik balik macam pemilihan negeri,” katanya ...

Read More →
blank

Sekarang, siapa pula Drakula dalam masyarakat kita?

PENGARAH, Robert Eggers yang sebelum ini gemar bermain dengan psychological horror dari latar era berbeza meneruskan eksperimennya dengan melakukan ‘remake’ sebuah filem lagenda terbit pada 1922 bertajuk Nosferatu.

Filem asal arahan F.W. Murnau itu boleh dikatakan hidup sezaman dengan kebangkitan kesusateraan Gothic iaitu cerita yang mengangkat nuansa misteri, gelap, keusangan dan keseraman.

Ia boleh dilihat menerusi karya popular dan signifikan sehingga kini seperti Frankenstein oleh Mary Shelley dan semestinya Dracula tulisan Bram Stoker.

Kembali kepada Nosferatu, saya selalu percaya, sebuah ...

Read More →
blank

Sawda tuai emas pertama untuk skuad remaja

NILAI: Pelumba berbasikal trek negara, Sawda Hasbullah, menepati ramalan apabila berjaya merangkul pingat emas dalam acara 1 kilometer(km) ujian masa wanita junior pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 yang berlangsung di Velodrom Nasional, Nilai.

Atlet berusia 17 tahun itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mencatat masa terpantas, sekali gus memastikan Malaysia terus gah dalam sukan berbasikal trek di peringkat Asia.

Sawda, yang sebelum ini berdepan cabaran dalam acara terdahulu, mengakui bahawa penambahan jarak perlumbaan memberi cabaran besar kepadanya, namun dia tetap ...

Read More →
blank

‘Mata-mata’ ditembak ketika bersarapan, hembus nafas terakhir dalam bot

MUAR: Seorang daripada ahli keluarga anggota polis yang gugur dalam pertempuran tragedi berdarah Bukit Kepong tidak dapat melupakan peristiwa bapanya ditembak komunis ketika bersarapan 75 tahun yang lalu.

Menurut Zaleha Ahmad, 71, anak kepada Allahyarham Ahmad Muhammad Jaafar, bapanya yang berkhidmat sebagai ‘mata-mata’ ditembak komunis di berek polis Bukit Kepong ketika bersarapan bersama keluarga.

“Ketika kejadian, saya masih lagi bayi berusia tiga bulan. Bapa, ibu dan kami tiga beradik bersarapan di rumah sebelum dikejutkan dengan bunyi tembakan.

“Ibu saya, Allahyarham Marian Ibrahim ...

Read More →
Page 631 of 2,284 «...600610620629630631632633...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X