KUALA LUMPUR: Impian skuad hoki negara untuk menamatkan kempen Piala Negara-Negara di tempat kelima terbaik hampir direalisasikan apabila Speedy Tigers menewaskan Afrika Selatan 4-2 dalam aksi klasifikasi lima hingga lapan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Ketua jurulatih skuad hoki kebangsaan, Sarjit Singh berkata, dia berpuas hati dengan persembahan anak-anak buahnya yang berusaha untuk menamatkan kempen kejohanan dalam lima pasukan terbaik.
“Saya beri kredit kepada pemain-pemain kami. Selepas kekecewaan sebelum ini, apabila kami tidak layak ke separuh akhir disebabkan ...