Blog

Saya bersungguh meminta sehingga menangis – Nora Danish

KUALA LUMPUR : Pelakon terkenal, Nora Danish, 42, mengakui bersyukur kepada Allah kerana telah membuka pintu hatinya untuk melakukan penghijrahan yang baik ke jalan-Nya.

Mengenang kembali detik permulaan, kata Nora, dia pernah memohon kepada Allah dalam sujud dan doa-doanya supaya dapat berubah ke arah kebaikan dan didekatkan dengan orang-orang baik di sekelilingnya.

“Saya percaya perubahan saya sememangnya untuk Dia. Allah yang gerakkan hati saya. Keduanya, kawan-kawan saya ketika iti, terutama Betty Rahmat yang tak pernah jemu menjemput untuk hadir ...

Read More →

Warisan persoal layanan berat sebelah 

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) mempersoalkan ketidakselarasan tindakan undang-undang terhadap pemimpin politik yang dilihat bersifat berat sebelah.

Ketua Wira Warisan, Terence Au berkata, ketika ini dapat dilihat sesetengah pemimpin ditahan dan direman dengan segera apabila terkait isu rasuah, namun tindakan sama tidak dilaksanakan kepada sesetengah pemimpin politik.

Katanya, situasi ini menimbulkan persepsi bahawa undang-undang yang tegas hanya kepada pihak tertentu kerana rakyat ingin melihat bahawa undang-undang dilaksanakan secara adil dan saksama tanpa mengira pangkat, kedudukan ...

Read More →
blank

‘Astro’s Big Thank You’ Tanda Penghargaan Istimewa Kepada Semua Pelanggan

Astro, peneraju destinasi hiburan di Malaysia kini teruja untuk melancarkan kempen ‘Astro’s Big Thank You’, sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan.

Sehingga 17 Saluran Tambahan, Naik Taraf Astro Box & Tonton Astro First Percuma

Buat pengetahuan anda, kempen ini menawarkan lebih dari sekadar hiburan. Sehingga 17 saluran tambahan menarik, percuma naik taraf Ultra dan Ulti box, dan juga penebusan filem Astro First secara percuma – bagi memberikan yang teristimewa buat setiap isi rumah pelanggan Astro!

Kesemua pelanggan boleh menikmati hadiah menarik ini ...

Read More →
blank

Vivy Yusof & Fadza Anuar Mengaku Tidak Bersalah Pecah Amanah RM8 Juta

Pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pecah amanah pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bernilai RM8 juta, enam tahun lalu.

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 37, dan Fadzaruddin, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

Read More →

blank

Empat wanita ditahan selepas terlibat samun

PETALING JAYA: Polis mengesahkan telah menahan empat wanita bagi membantu siasatan berkaitan kes samun di Serdang Perdana di sini, pada 28 November lalu.

Kesemua mereka wanita warga tempatan berusia 30 tahun hingga 41 tahun itu di persimpangan lampu isyarat, Jalan Semangat PJS 13 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, satu laporan dibuat oleh mangsa mengenai kejadian yang berlaku.

Katanya, pengadu didatangi tiga wanita menaiki sebuah kereta ke rumahnya kira-kira pukul 11 pagi.

“Pengadu berusia 69 tahun ...

Read More →
blank

1,245 kes penyakit berjangkit di PPS Terengganu 

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 1,245 kes penyakit berjangkit dikesan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini sepanjang musim tengkujuh kali ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, jangkitan saluran pernafasan mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak 969 kes diikuti jangkitan kulit sebanyak 166 kes.

“Jangkitan demam pula ialah sebanyak 63 kes manakala keradangan perut dan usus pula sebanyak 47 kes. Selain itu ada beberapa kes lagi jangkitan keradangan mata namun kita lega kerana tiada sebarang jangkitan kes ...

Read More →
blank

Vivy Yusof, suami tiba di mahkamah untuk pendakwaan

KUALA LUMPUR: Pengasas platform e-dagang, Fashion Valet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar tiba di Kompleks Mahkamah di sini, bagi menghadapi pertuduhan membabitkan kes pecah amanah.

Kedua-dua pasangan itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 8:34 pagi tadi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

Pasangan itu akan didakwa hari ini dengan satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Kementerian Kewangan memaklumkan, Khazanah ...

Read More →
blank

Tiga petinju negara berguru di Thailand

PETALING JAYA: Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) bakal menghantar tiga peninju negara untuk berlatih bersama kuasa besar ASEAN, Thailand dalam usaha mereka mendapatkan sekurang-kurangnya satu pingat emas di Sukan SEA 2025.

Presidennya, Datuk Mohamad Iruan Zulkefli berkata pemilihan tiga atlet itu dibuat berdasarkan keputusan yang dilakar dalam Kejohanan Tinju Konfederasi Asia (ASBC) yang sedang berlangsung ketika ini di Chiang Mai, Thailand.

Katanya lagi, selain Thailand mereka turut memilih Kazakhstan sebagai lokasi untuk menjalani latihan pusat selama enam bulan yang dilakukan secara berfasa ...

Read More →
blank

Pergolakan politik di Korea Selatan mengejutkan masyarakat dunia

SEOUL: Majoriti pegawai kanan kepada Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol menyerahkan surat peletakan jawatan beramai-ramai, semalam. 

Tindakan itu berlaku susulan keputusan pemimpin itu mengumumkan dekri undang-undang tentera singkat sebelum ditarik balik yang mencetuskan ketegangan.  

Individu tersebut melibatkan semua Setiausaha Kanan Presiden serta dua kakitangannya, Penasihat Keselamatan Negara dan Pengarah Dasar Negara. 

Suk Yeol mesti menerima peletakan jawatan berkenaan agar ia berkuat kuasa. Bagaimanapun, belum jelas sama ada Presiden itu akan berbuat demikian atau ...

Read More →
Page 628 of 1,941 «...600610620626627628629630...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X