Blog

KBS gesa mangsa penipuan sukan buat laporan polis

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggesa mangsa kes penipuan yang melibatkan aktiviti sukan supaya tampil ke hadapan bagi membuat laporan polis.

Timbalan Menterinya, Adam Adli Abd Halim berkata pihaknya telah meminta pihak dalaman di kementeriannya melakukan siasatan dan jika terdapat mana-mana persatuan yang mempunyai kaitan dengan KBS, tindakan tegas akan diambil.

“Saya sarankan laporan polis dibuat dan kita akan pastikan di peringkat kami siasatan akan dilakukan walaupun sebenarnya ia adalah ‘scam’, bukannya daripada ...

Read More →
blank

Proses penggabungan CAAM, Mavcom berjalan lancar, dijangka tahun ini

KUALA LUMPUR: Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berjalan lancar dan dijangka siap pada tahun ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, perbincangan mengenai penggabungan itu berjalan dengan lancar dan keputusannya akan diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Buat masa ini, semua pihak sedang menunjukkan kemajuan yang tinggi dan keputusannya akan diumumkan oleh MOT dalam masa terdekat,” katanya pada majlis apresiasi bagi pihak berkepentingan di sini, hari ini.

Beliau berkata, beberapa aspek masih dalam ...

Read More →
blank

“Muar Tak Pakai Baju Melayu Hari Ni?”

Dewan Rakyat hari ini disambut dengan gelak ketawa apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusik Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Dalam sidang dewan rakyat pagi tadi, Anwar mengusik Syed Saddiq dengan bertanyakan sama ada hari ini ada memakai baju Melayu atau tidak.

BACA: Bella Tak Boleh Fokus Tengok Syed Saddiq, Netizen Dengar Macam Panggil ‘Baby’

“Muar tak pakai baju Melayu hari ni? Model pakaian tak ada hari ni? Hari ni pakai baju apa?” usik Anwar.

Usikan tersebut disambut ...

Read More →
blank

Bapa 70 Tahun Cedera Di Kepala & Telinga, Ditetak Anak OKU Mental Selepas Bertengkar

Seorang warga emas berusia 70 tahun cedera selepas ditetak di bahagian kepala oleh anak lelakinya yang mengalami masalah mental di di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, semalam.

Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku kira-kira jam 5 petang dan mangsa, Halim Osman turut cedera di telinga akibat ditetak dengan parang oleh anaknya yang dikenali sebagai Anuar.

Difahamkan, sebelum insiden tersebut berlaku pertengkaran di antara Halim dan Anuar sebelum lelaki berusia 40-an itu menyerang bapanya dan melarikan diri sejurus ...

Read More →
blank

Along Kubur dijel 10 bulan, hadapi satu lagi tuduhan edar dadah

KLUANG: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Along Kubur dipenjara 10 bulan dan denda RM13,000 selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada 14 Februari lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Kluang, Mustaqim Sukarno selepas Along Kubur atau nama sebenarnya Faiz Zailan Kamarudin, 41, membuat pengakuan bersalah bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Bagi kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah, dia dihukum penjara 10 bulan serta denda RM10,000 dan jika gagal membayar denda itu, ...

Read More →
blank

Kontraktor didakwa kemuka dokumen sebut harga palsu

SEREMBAN: Seorang kontraktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas enam pertuduhan mengemukakan dokumen sebut harga palsu bernilai RM49,349 kepada Majlis Bandaraya Seremban (MBS), empat tahun lalu.

Tertuduh, Azizan Zainal Abidin, 47, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut enam pertuduhan, tertuduh telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Sebut Harga Kerja-Kerja Pembaikan Dan Penyelenggaraan Paip di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi oleh tiga syarikat berbeza yang membabitkan jumlah keseluruhan ...

Read More →
blank

Takut Tanggung Dosa, Nora Danish Beri Baju Seksi Kepada Rakan Bukan Islam

Pelakon Nora Danish berkata dia mengambil keputusan menderma semua pakaian lama yang mendedahkan aurat kepada rakan-rakan bukan Islam.

Memetik Kosmo, Nora berkata dia enggan menjual pakaian tersebut kerana bimbang akan menanggung dosa jika menjual kepada individu yang membelinya.

BACA: “Kalau Tak Jenuh Kena Qada Macam Mommy” – Nora Danish Ingatkan Anak Tentang Solat

“Pakaian zaman saya seksi dulu semuanya sudah diberikan kepada rakan-rakan bukan Islam secara percuma je. Sebab kalau saya nak jual pakaian itu tidak boleh, ibaratnya ...

Read More →
blank

Suara Tangisan Jam 2 Pagi Disangka Hantu, Rupanya Wanita Hanyut Di Sungai

Suara yang pada awalnya disangka tangisan hantu menjadi asbab seorang wanita berjaya diselamatkan daripada terus hanyut di sebatang sungai.

Menurut Kosmo, kejadian itu berlaku di Parangtritis, Jogjakarta Jumaat lalu dan pihak berkuasa tempatan memaklumkan telah menerima laporan sekitar jam 2.50 pagi yang mengatakan terdapat suara wanita menangis di tepi Sungai Opak.

jambatan di sungai opak Read More →

Page 624 of 2,284 «...600610620622623624625626...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X