Pengarah dan penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam yang ditemui media memaklumkan dia telah membatalkan perancangan bercuti bersama ke luar negara gara-gara banjir yang melanda sesetengah negeri pada ketika ini.
Yusof berkata, keadaan cuaca dan musibah yang melanda negara pada ketika ini dirasakan seperti tidak sesuai untuk dia dan keluarga ke luar negara semata-mata untuk bercuti.
Read More →

Aktiviti, program sempena TMPs tahun depan lebih rancak – Abu Bakar
KANGAR: Kerajaan negeri di peringkat akhir melengkapkan takwim pelancongan sepanjang tahun hadapan dalam merancakkan Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Abu Bakar Hamzah berkata, pelbagai aktiviti dan program akan disusun dalam takwim berkenaan dengan berlatar belakangkan konsep pelancongan, seni dan budaya.
Ujar beliau, program-program sedemikian perlu diperbanyakkan dalam usaha menyemarakkan tahun akhir penganjuran TMPs itu.
“Semua itu, saya sedang susun dan kita akan buat pengumuman takwim ini dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Festival Warisan Nusantara ...

Adam teruja mahu buat persembahan – Ibu

KEPALA BATAS: Perjalanan tiga sekawan menuju Alor Setar, Kedah untuk membuat persembahan sempena Kedah Bike Week bertukar duka apabila seorang daripada mereka maut dalam kemalangan di Plaza Tol Sungai Dua di sini, pagi tadi. Penuntut jurusan muzik Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Muhammad Adam Mifdal Mohd Affendy, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian … Read More →

“Rasa Seperti Hamba…Teruskan Perkahwinan Dengan Harapan Suami Berubah”
Pelakon Zahnita Wilson mendedahkan dia sudah lama sembunyikan mengenai penderitaannya selama 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Zahnita berkata dia harus bangkit demi anak-anaknya serta tidak mahu mereka melalui perkara sama sepertinya.
Menurut Zahnita dia melalui epidod sengsara dalam rumah tangga di awal perkahwinan namun berharap suaminya akan berubah. Dedah Zahnita lagi, sepanjang perkahwinan dia didera secara fizikal dan mental.
“Saya masih muda ketika itu. Jadi saya teruskan perkahwinan saya dengan ...

“Saya Pernah Alami ‘Slip Disc’ Kerana Tertekan, Sudah Terlalu Lama Dan Saya Perlukan Pertolongan” – Zahnita Wilson
Pelakon dan model, Zahnita Wilson yang ditemui media tampil berkongsi mengenai kes keganasan rumah tangga yang dialaminya selama bergelar isteri kepada Abd Zackery Ghouse.
Kongsinya, dia sering berharap agar suaminya itu berubah menjadi lebih baik selain hanya bertahan demi anak-anak.
Saya bertahan sebab anak-anak, lagipun saya masih muda pada ...

Boleh Ganti Pasport Hilang Atau Rosak Akibat Banjir Secara Percuma – Jabatan Imigresen Malaysia
Menerusi laman Facebook, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menawarkan penggantian pasport aktif yang hilang atau rosak semasa banjir secara percuma.
Tulis JIM, mangsa banjir yang mempunyai pasport dengan tempoh sah laku tidak kurang enam bulan dan memerlukan penggantian boleh membuat permohonan di mana-mana pejabat JIM berdekatan.
Read More →

Syarikat perlu diberi kuasa penuh tentu kadar elaun pelatih industri

PETALING JAYA: Syarikat perlu diberi kuasa menentukan skim perantisan yang sesuai dengan keperluan, termasuk garis panduan jelas mengenai elaun, insurans, dan kategori pekerjaan, sejajar usaha KPT menambah baik Dasar Latihan Industri 2010. Pensyarah Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Roselina Ahmad Saufi berkata, kerajaan tidak perlu mewujudkan akta khusus di peringkat nasional … Read More →

Kegiatan sindiket kutip derma bina sekolah tahfiz terbongkar
JOHOR BAHRU: Kegiatan sindiket meminta derma meraih simpati orang awam kononnya memohon derma bagi pembinaan sekolah tahfiz anak-anak yatim di Songkla, Thailand akhirnya tumpas.
Sindiket didalangi dua beradik warganegara asing itu menggunakan khidmat pengutip derma yang berpakaian jubah dan kopiah yang terdiri daripada golongan muda serta warga emas bagi memperdaya khalayak umum.
Dua dalang sindiket yang berusia 47 dan 54 tahun itu ditahan dalam serbuan di premis kediaman sekitar Taman Tiram Baru, Ulu Tiram di sini pada pukul 11 pagi, Selasa ...

Hukuman Penjara PU Azman Ditambah 14 Bulan, Mengaku Bersalah Buat Keluc*han Melampau
Pendakwah selebriti, PU Azman dilaporkan telah dijatuhkan hukuman penjara tambahan sebanyak 14 bulan setelah dia mengaku bersalah melakukan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki dua tahun lalu.
Sebelum ini,PU Azman telah dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang atas pertuduhan bersalah kerana melakukan amang seksual terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun pada 27 September lalu.
Read More →

Kad ‘Decline’ Nak Bayar RM19k Untuk Mangsa Banjir, Netizen Terhibur Tengok Gelagat KA
Umum mengetahui, pempengaruh media sosial dan usahawan Khairul Aming berada di negeri Kelantan untuk misi bantuan susulan bencana banjir melanda negeri itu.
Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung, Khairul Aming sedang membuat pembayaran di sebuah pusat beli belah untuk membeli barangan keperluan mangsa banjir.
“Untuk pakaian sahaja RM19,330 Khairul Aming belanja untuk mangsa banjir,” tulis video berkenaan.
Namun apa yang mejadi perhatian apabila kad yang digunakan oleh Khairul Aming ditolak mempunyai baki dan limit yang tidak mencukupi.
Rata-rata netizen terhibur tengok gelagat ...