SEPANG: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang hari ini melupuskan barang kes membabitkan mesin bitcoin, rokok dan minuman keras yang dirampas bagi tempoh 2021 hingga tahun ini dengan nilai anggaran RM155,833.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pelupusan barang kes Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sepang itu membabitkan 14 kes rampasan mesin bitcoin, dua kes rampasan rokok dan satu kes minuman keras.
“Keseluruhan rampasan mesin bitcoin sebanyak 541 unit dengan nilai RM108,200, manakala rokok pelbagai jenama yang dirampas berjumlah ...