Pelakon dan bekas model, Zahnita Wilson mendedahkan dengan rendah diri dia terpaksa menolak tawaran menjadi model kempen Hari Raya Jakel meskipun tawaran itu bernilai RM150,000.
Menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita, Zahnita berkata menjadi model bukan lagi dunianya meskipun nilainya banyak namun dia terpaksa menolak.
“Dengan rendah diri, saya perlu tolak tawaran daripada Jakel.
Buat masa sekarang, saya ingin fokus pada anak dan bisnes sahaja.
“RM150k memang banyak tapi pemodelan bukan dunia saya lagi.
Read More →
Kerana sering dilihat berpakaian longgar, sopan dan bertudung labuh, penampilan pempengaruh Aisyah Hijanah kali ini mendapat teguran netizen.
Menerusi video yang dikongsikan suaminya, Alif Teega di TikTok, Aisyah ditegur kerana dilihat memakai tudung yang semakin singkat berbanding sebelum ini.
Video tersebut memaparkan Aisyah berjalah ke arah Alif yang berada di dalam kereta dan pakaian pempengaruh itu longgar namun gaya tudungnya yang meraih perhatian.
Bukan itu sahaja, netizen ...
Read More →
Seorang pengurus artis mendakwa telah diperdaya seorang pelakon lelaki sehingga kerugian sebanyak RM30,000 selepas selebriti itu menjanjikan pulangan pelaburan berlipat kali ganda.
Cerita pengurus artis dikenali Izz itu, pelakon lelaki berusia 30-an terbabit sering memberi alasan apabila meminta duitnya dikembalikan.
Saya sudah muak dengan pelbagai alasan diberikan pelakon ini. Kali pertama saya ditawarkan pelaburan ini, dia berjaya mendapat pulangan sekali ganda membuatkan saya percaya untuk melabur kali kedua.
Read More →
GEORGE TOWN : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu universiti awam membuka ruang kerjasama lebih erat dengan pihak industri terutamanya dalam bidang teknologi tinggi bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Anwar berkata, langkah itu penting bagi memastikan wujudnya sinergi antara pihak industri dan universiti untuk meneroka disiplin ilmu baharu khususnya dalam industri semikonduktor.
”Universiti perlu memberi ruang secukupnya kepada pihak industri untuk bekerjasama secara lebih agresif.
“Penyesuaian perlu dilakukan dari semasa ke semasa, namun cara terbaik untuk mendidik, melatih, meningkatkan kemahiran dan ...
Read More →