PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) menandatangani perjanjian lima tahun dengan Malaysia Airlines Berhad (MAB) sehingga 2029 bagi menyediakan perkhidmatan penerbangan khas untuk jemaah haji Malaysia.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, perkhidmatan penerbangan khas haji itu akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, Amal by Malaysia Airlines bermula bagi musim haji tahun ini.
“Kerjasama berterusan kedua-dua syarikat adalah hasil prestasi cemerlang daripada Amal by Malaysia Airlines yang membuktikan dedikasi serta keupayaan dalam ...