PETALING JAYA: Harapan untuk mara ke suku akhir Terbuka Jerman di Mulheim tidak kesampaian selepas beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin tersingkir di pusingan kedua, malam tadi.
Dalam aksi di Westernegie Sporthalle, Pang Ron-Su Yin memulakan perlawanan dengan baik apabila menguasai set pertama, namun gagal mengekalkan rentak apabila lawan bangkit di dua set berikutnya.
Pilihan kedua itu tewas kepada gandingan China, Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying, dalam pertarungan tiga set yang sengit, 21-17, 11-21, ...