PORT DICKSON: Seorang lelaki cedera dalam kejadian kebakaran sebuah rumah banglo di Batu 3, Lukut, di sini, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd. Kamal Mohd. Timar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berkenaan kira-kira pukul 11.04 malam.
Menurutnya, sepasukan 17 anggota bomba dan pegawai dari BBP Port Dickson, Rantau dan Telok Kemang dikejarkan ke lokasi dan jentera pertama tiba pada pukul 11.11 malam.
Read More →

Ekonomi gig bantu pelajar jana pendapatan

REVOLUSI Industri ke-4 (IR 4.0) membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan, terutamanya dalam bidang ekonomi dan pekerjaan. Dengan kemunculan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI), internet kebendaan (IoT), pengkomputeran awan dan automasi menyebabkan landskap pekerjaan berubah secara drastik. Salah satu perubahan ketara adalah perkembangan pesat ekonomi gig, yang menawarkan peluang kepada pelajar untuk menjana … Read More →

Sugar glider ‘penawar’ anxiety

Sugar glider, haiwan bermata besar, bertubuh kecil namun bersifat lincah, kini mula menjadi tarikan para pencinta haiwan eksotik, untuk dijadikan haiwan peliharaan. Antara yang turut terpikat dengan kecomelan haiwan itu ialah Nur Sharifah Zahari, 20. Kali pertama dia melihat sugar glider ketika berkunjung ke rumah kawan yang memelihara haiwan berkenaan. Ekoran sering menceritakan minatnya pada … Read More →

Harga sayur-sayuran meningkat menjelang bulan Ramadan
GEORGE TOWN: Harga beberapa jenis sayur-sayuran di pasar awam khususnya di daerah Barat Daya di sini didapati meningkat menjelang Ramadan.
Permintaan yang tinggi dikatakan menjadi antara punca menyebabkan harga melonjak dan ada peniaga mendakwa, mereka memperoleh harga agak tinggi daripada pembekal.
Antara yang mengalami kenaikan kali ini adalah terung, tomato, cili merah dan bendi.
Peniaga, Abdul Rahman Hanafi berkata, harga terung meningkat dengan ketara pada masa ini iaitu sekitar RM15 sekilogram berbanding hanya RM10 bulan lalu.
“Cili merah pula kekal menjadi antara sayuran ...

881 perkahwinan remaja bawah umur, Kelantan tertinggi
PETALING JAYA: Sebanyak 881 perkahwinan bawah umur direkodkan sejak 2022 hingga tahun lalu.
Menerusi sistem e-Syariah, jumlah tersebut merangkumi 518 remaja perempuan dan 363 remaja lelaki.
Kelantan mencatat jumlah perkahwinan bawah umur paling tinggi dalam tempoh itu iaitu sebanyak 193 perkahwinan diikuti Selangor (133), Terengganu (115), Kedah (126), Johor (73) serta Sabah (63).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berkata, Akta Undang-undang Keluarga Islam menetapkan had umur bagi suatu perkahwinan dinikahkan bagi melindungi kanak-kanak dan ...

Anak tetak bapa jalani pemeriksaan mental

KANGAR: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai menetak bapanya dalam kejadian di Kampung Padang Besar Selatan, Kuala Perlis, di sini, pada Isnin lalu, didakwa di Mahkamah Seksyen di sini semalam. Tertuduh, Anuar Halim, 45, bagaimanapun mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Nu’aman Mahmud Zuhudi. Pada prosiding berkenaan, … Read More →

Peniaga belum terima bekalan beras tempatan

ALOR SETAR: Para peniaga di beberapa kawasan di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan masih menunggu pihak pembekal menghantar bekalan beras putih tempatan untuk dijual mulai esok kepada kira-kira 400,000 keluarga miskin di seluruh negara. Menurut beberapa peniaga runcit, mereka juga belum menerima maklumat jelas mengenai bekalan itu terutamanya mekanisme jualan secara bersasar seperti diumumkan kerajaan. … Read More →

‘Kami reda, semoga pelaku bertaubat’ – Ibu bapa Zulfarhan Osman

JOHOR BAHRU: Keluarga Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain menerima dengan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan semalam mengetepikan hukuman mati terhadap enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan mengekalkan hukuman penjara 18 tahun atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat ke atas mangsa. Bapa arwah, Zulkarnain Idrus, 62, mengakui tidak terkejut dengan keputusan itu … Read More →

Zul Mahat meninggal dunia – Utusan Malaysia
KUALA LUMPUR: Komposer dan pemuzik terkenal, Zul Mahat meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.
Allahyarham 64, yang sejak Disember dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengehmbuskan nafas terakhir di hospital tersebut, semalam.
Zul mengalami kecederaan pada dagu, mata dan patah bahu dan tangan kanan selepas terjatuh ketika menjalani rawatan dialisis di Subang Jaya.
Selepas satu bulan menjalani rawatan, allahyarham yang pada Januari lalu dibenarkan pulang, dimasukkan semula ke hospital yang sama pada Februari kerana jangkitan kuman pada paru-parunya.
Antara karya ciptaan arwah adalah ...

Zakat fitrah Perlis ditetapkan RM9
KANGAR: Kadar zakat fitrah bagi umat Islam di Perlis ditetapkan RM9 pada tahun ini.
Kadar zakat fitrah di negeri ini bagi tahun 1446 Hijrah itu telah diperkenankan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.
Kadar ini ditetapkan berdasarkan harga beras Ghalib Qut al-Balad sebagai asas kiraan.
Bagi umat Islam yang memilih untuk menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar yang ditetapkan ialah satu gantang Nabawi seorang, bersamaan 2.6 kilogram.
Pelancaran zakat fitrah tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam Majlis ...