TAPING: Lapan nama di peringkat kepimpinan UMNO Bahagian Tapah telah diangkat untuk dipilih calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Pengerusi UMNO dan BN Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad bagaimanapun berkata, kini hanya tinggal enam pilihan memandangkan dua daripada barisan kepimpinan tersebut telah memberitahunya untuk menarik diri.
Katanya, lapan mereka itu ialah Pemangku Ketua Bahagian yang juga Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha Bahagian, Bendahari Bahagian, Ketua Penerangan Bahagian, Ketua Wanita, Ketua ...