KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) dijangka menerima empat helikopter AW149 seawal tahun 2027.
Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan berkata, ia berikutan pembelian 28 unit helikopter secara kontrak pajakan dengan kos sebanyak RM16 bilion untuk tempoh 15 tahun.
“Kita difahamkan paling awal akan menerima helikopter ini menjelang 2027 walaupun cuma empat pesawat sahaja diterima.
“Tetapi kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana ini sedikit sebanyak dapat menutup jurang keupayaan kemampuan ...