DALAM hidup, ada rindu yang bersambut. Tapi ada juga yang semakin larut. Pelakon dan model, Scha Alyahya, tersenyum manis dan ketawa kecil ketika kami bertemunya petang itu.
Ceria dan bersahaja. Tapi dalam selang jeda dengan mata yang terluka, Scha mengakui tidak ada yang benar-benar sembuh setelah ibu, Allahyarham Junainah Hashim pulang bertemu Allah 7 Disember lalu.
Ini kali pertama Ramadan dirasa begitu berbeza. Berat seperti membenam separuh dada. Setiap malam Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir Al-Yahya, 41, mengalirkan air mata ...