PETALING JAYA: Sekalung pujian harus diberi kepada pasukan skuasy wanita kebangsaan yang berjaya mara sejauh separuh akhir, walaupun, kecundang di tangan pilihan kedua, Amerika Syarikat (AS) 0-2 pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Hong Kong, malam tadi.
Pemain No. 17 dunia, Rachel Arnold yang membuka aksi buat Malaysia mempamerkan semangat kentalnya mengheret Amanda Sobhy bertarung sehingga ke set penentuan sebelum tunduk 9-11, 11-7, 9-11, 11-5, 8-11 dalam masa 45 minit.
Ketinggalan 0-1, menyaksikan tanggungjawab berat terpaksa digalas pemain No. 10 dunia, ...