GEORGE TOWN : Seekor anak kucing berdepan detik-detik mencemaskan apabila terperangkap dalam satu saluran paip di atas Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) atau Jambatan Kedua Pulau Pinang, petang semalam.
Bagaimanapun, haiwan itu bernasib baik apabila diselamatkan oleh sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru sebaik sahaja menerima info mengenai kejadian itu, kira-kira pukul 3 petang.
Seorang jurucakap bomba memberitahu, sebaik sahaja tiba di lokasi, anak kucing itu didapati masih berada dalam paip saliran keluar air ...