RANAU: Lapan penumpang mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran yang terbabas sendiri lalu terbalik di bahu jalan berhampiran Kampung Luanti Baru, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, lapan daripada 23 orang penumpang termasuk pembantu pemandu cedera dalam kemalangan tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd. Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan bas persiaran itu kira-kira pukul 2.14 petang dan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak pada ...