KUANTAN: Berselindung di sebalik perniagaan kedai runcit, kedai aksesori telefon dan pusat memancing udang, namun sebenarnya menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen.
Tindakan itu membawa padah kepada 10 premis di sekitar daerah ini apabila bekalan elektriknya dipotong dalam Op Dadu yang dijalankan hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, semua premis berkenaan digempur dalam operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dengan kerjasama Tenaga Nasional ...