Sudah genap sedekad, jenama fesyen mewah, Fiziwoo menghasilkan koleksi pakaian Raya, di mana sepanjang tahun tersebut, jenama itu telah mencerminkan pelbagai cabaran, kejayaan serta kenangan terindah.
Pencapaian ini tak akan dikecapi tanpa orang penting dibalik tabir yang membentuk perjalanan Fiziwoo tau, seperti selebriti, peraga fesyen, pelanggan serta penyokong jenama tersebut.
Jadi, untuk memperingati koleksi istimewa ini, Fiziwoo pilih untuk beri nama setiap produk dengan nama individu yang telah menyumbang kepada kejayaannya, seperti Marion, Neelofa, Zaihani, ...