KUALA TERENGGANU : Gara-gara mahu meraih keuntungan pelaburan hingga 400 peratus, seorang pengurus kedai borong mengalami kerugian RM81,050 setelah terpedaya dengan satu skim pelaburan tidak wujud.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 46 tahun itu dihubungi seorang wanita Cina yang memperkenalkan diri sebagai Lily pada 27 April lalu.
Katanya, mangsa dijanjikan dengan pulangan lumayan hasil pelaburan tersebut hingga 400 peratus dan dimasukkan ke dalam ...