PETALING JAYA: Hasrat jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke separuh akhir Orleans Masters 2025 tidak kesampaian selepas tunduk kepada wakil Ireland, Nhat Nguyen di Palais des Sports, Perancis, sebentar tadi.
Turun selaku pilihan utama, Zii Jia gagal mengekang asakan lawan sebelum tewas dalam pertarungan dua set, 23-21, 21-7 dalam tempoh 39 minit.
Kekalahan ini merupakan satu lagi tamparan buat pemain berusia 26 tahun itu, yang masih bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak awal musim ini berikutan mengalami ...