Blog

Maut dirempuh Toyota Avanza selepas langgar Perodua Viva

BESUT: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Gong Jaga, di sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md. Sani Md Saleh berkata, mangsa Abdullah Yamin Abdullah, 25, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Besut. 

“Dalam kejadian kira-kira pukul 7.10 petang itu, lelaki terbabit yang menunggang motosikal Yamaha Y15ZR dari arah Alor Lintah ke Kampung Tok Raja dan setibanya di lokasi ...

Read More →

Tak Tangkap Penjenayah, Curi RM300K & Beg Prada, Ketua Balai Polis Bukit Jalil Dihadapkan Ke Mahkamah

Ketua Balai Polis Bukit Jalil, Inspektor Azlan Sudin dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam  atas pertuduhan mencuri wang RM300,000 termasuk sebuah beg jenama mewah daripada seorang individu di sebuah kondominium, bulan lalu.

Tertuduh berusia 45 tahun itu yang bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas, didakwa telah mencuri RM300,000 dan sebuah beg Prada hitam milik wanita berusia 35 tahun.

blank

Read More →
blank

Wanita Menangis Ditipu ‘Scammer’ Di TikTok Shop, ‘Founder’ Hijabistahub Mahu Gantikan 4 Pasang Baju Raya

Baru-baru ini, tular rakaman TikTok seorang wanita meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas ditipu oleh seller di laman sosial tersebut.

Kata wanita itu, dia telah membuat bayaran untuk membeli 4 pasang baju raya dengan seller tersebut namun barangan yang dipesan tidak sampai-sampai ke tangannya.

Boleh tak siapa siapa tolong saya, tolong macam mana nak refund balik duit baju raya kena scam? Macam mana nak refund balik? 4 helai saya beli.

blank Read More →

blank

Tunku Mahkota Ismail prihatin, ambil berat kebajikan pemain bola sepak Malaysia

DALAM dunia bola sepak Malaysia yang sering dilanda isu kewangan dan kebajikan pemain, Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim telah menonjol sebagai figura prihatin yang sentiasa menghulurkan bantuan kepada mereka yang terpinggir.

Baru-baru ini, keprihatinan Baginda terbukti lagi melalui bantuan kepada bekas pemain KL Rovers, Mohammad Gopi Rizqi, 36, yang tidak menerima gaji selama lapan bulan.

blank Read More →

blank

Pempengaruh dakwa Roslan Shah curi RM66,000?

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Mangobossku, mendakwa pengacara dan pelakon, Roslan Shah,telah mencuri wang miliknya yang berjumlah SGD 20,000 (RM66,000).

Mangobossku atau nama sebenarnya, Mohammad Hussin Said berkata, memuat naik video TikTok yang mendakwa wang miliknya dijumpai berada di dalam beg milik Roslan.

“Duit hilang SGD 20,000 dia cakap dia tak ambil. Tapi duit dalam beg? Jadi siapa yang curi?” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam video yang berdurasi lebih dua minit itu, penyanyi menyangka Mangobossku melakukan ‘prank’ ke atas dirinya namun keadaan menjadi serius ...

Read More →
blank

Fattah Amin Nafi Dakwaan Abaikan Fatima Kerana Terlalu Sibuk Dengan Kerja – “Takkan Setiap Kali Jumpa Perlu Muat Naik Gambar?”

Pelakon Fattah Amin tampil menafikan dakwaan bahawa dia mengabaikan anak tunggal perempuannya, Fatima Aisya kerana terlalu sibuk dengan kerja.

Aktor berusia 34 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya dan berkata dia tidak nampak keperluan untuk diirnya berkongsi detik pertemuan bersama anaknya berusia 4 tahun tersebut setiap kali mereka berjumpa meluangkan masa bersama.

Ada pihak yang kata saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa anak. Saya terkilan dengan tuduhan seperti itu. Takkanlah setiap kali saya jumpa anak, saya perlu muat naik gambar atau video ...

Read More →
blank

Angkat produk Kain Benang Johor ke peringkat lebih tinggi

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri menerusi Yayasan Warisan Johor (YWJ) berhasrat mempopularkan pakaian diperbuat daripada Kain Benang Johor termasuk ke peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor, K. Raven Kumar berkata, bagi merealisasikan perkara itu, YWJ telah melancarkan produk Kain Benang Johor Koleksi Qalbu pada harga berpatutan.

Katanya, sempena Ramadan tahun ini, sehelai kain diperbuat daripada tekstil tersebut dijual pada harga RM262, berbanding harga sebenar RM350.

“Kain Benang Johor ini unik kerana ia melambangkan identiti negeri. Kebiasaannya kain tenunan tangan yang ...

Read More →
blank

Aktiviti jual mercun, bunga api, rokok tidak berkastam lebih RM45 juta tumpas

PETALING JAYA: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA)  menumpaskan aktiviti penyimpanan serta penjualan mercun dan bunga api tanpa permit serta rokok tidak berkastam bernilai RM45 juta.

Pengarahnya, Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, JKDNKA melaksanakan dua operasi berasingan di Klang, kelmarin dan Rawang semalam menerusi Op Taring.

Menurutnya, dalam operasi di Kapar, Klang dekat sini, semalam, pasukan serbuan merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit dengan nilai keseluruhan RM32.2 juta.

“Seorang lelaki berusia 33 tahun dipercayai bertanggungjawab ke ...

Read More →
blank

Kijang sesat hingga beranda surau 

HULU TERENGGANU: Disangkakan anak kambing, rupa-rupanya kijang yang tersesat di Kampung Pela, Ajil, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, kijang setinggi hampir satu meter berkenaan turut merempuh pagar beranda surau kampung itu sehingga patah sebelum melarikan diri.

Seorang penduduk, Norhayati Che Mohd Nor berkata, kehadiran haiwan tersebut disedari anaknya Nur Iffah Madihah Zilah,17, sewaktu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai membeli ais dari kedai berhampiran.

“Pada mulanya Nur Iffah ...

Read More →
blank

Arif-Roy King terus menyinar, mara ke separuh akhir Orleans Masters 2025

PETALING JAYA: Beregu lelaki negara, Arif Junaidi-Yap Roy King mencipta kejutan apabila menumbangkan pasangan ranking kesembilan dunia dari Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan, sekali gus meneruskan cabaran Malaysia di kempen Orleans Masters 2025 di Palais de Sports, Perancis, hari ini.

Kemenangan 21-19, 21-18 itu menjadi kejayaan ketiga berturut-turut mereka ke atas pasangan Taiwan berkenaan, membuktikan kehebatan dan ketangkasan mereka di gelanggang.

Arif-Roy King yang kini berada di ranking ke-18 dunia semakin menunjukkan peningkatan prestasi luar biasa sepanjang kejohanan ini.

Mereka bakal ...

Read More →
Page 580 of 2,284 «...550560570578579580581582...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X