HULU TERENGGANU: Felcra Berhad (Felcra) bertekad mencapai sasaran ‘Sifar Projek Rugi’, iaitu tiada lagi projek beroperasi mengalami kerugian.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub berkata, serentak dengan itu program tanam semula seluas 20,000 hektar giat dilaksanakan bagi memastikan kelangsungan dan peningkatan hasil pada masa depan.
“Komitmen utama kami adalah memastikan setiap peserta menerima agihan keuntungan minimum RM150 setiap ekar setiap bulan, bersamaan RM1,800 setiap ekar setahun.
“Ini bukan sekadar janji, tetapi jaminan kesejahteraan kepada hampir 102,000 peserta.
“Dua faktor mempengaruhi jumlah agihan keuntungan ...