Blog

Sarr wira Crystal Palace, Ipswich terus merana

LONDON: Jaringan cantik Ismaila Sarr pada babak kedua memastikan kemenangan tipis 1-0 Crystal Palace ke atas Ipswich Town dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Selhurst Park, sebentar tadi.

Kemenangan itu mengangkat Palace ke tangga ke-11 dengan 39 mata, manakala Ipswich terus bergelut di zon penyingkiran di tempat ke-18 dengan 17 mata, lima mata di belakang Wolverhampton Wanderers.

Ipswich berpeluang mencipta kejutan selepas mencatat 15 percubaan ke arah gol, namun ketumpulan penyudah serta aksi cemerlang Dean Henderson menyaksikan mereka pulang hampa.

Palace ...

Read More →

Penalti saat akhir Pedro bantu Brighton benam Fulham

BRIGHTON: Penalti Joao Pedro pada masa kecederaan memastikan Brighton & Hove Albion meraih kemenangan dramatik 2-1 ke atas Fulham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Kemenangan itu melonjakkan Brighton ke tangga keenam liga, sekali gus mengukuhkan peluang mereka untuk beraksi di pentas Eropah musim depan.

Perlawanan bermula dengan tempo perlahan sebelum Alex Iwobi mencuri tumpuan dengan larian deras di sayap kanan sebelum menghantar bola tepat kepada Raul Jimenez yang menewaskan Bart Verbruggen pada minit ke-35.

Brighton tidak menunggu lama untuk ...

Read More →
blank

Faisal Halim catat hatrik, Selangor berpesta gol

PETALING JAYA: Faisal Halim berjaya mencetak hatrik pertamanya musim ini ketika membantu Selangor FC (SFC) berpesta gol dengan membelasah Kelantan Darul Naim (KDN) FC 7-0 pada aksi Liga Super, sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menyaksikan Gergasi Merah turun sebagai pelawat di gelanggang mereka, Faisal terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-13.

Quentin Cheng menggandakan kedudukan hasil ledakan cantik menerusi sepakan voli daripada luar kotak penalti pada minit ke-31 sebelum Faisal sekali lagi menemui ...

Read More →
blank

Letupan bom, insiden berbalas tembakan ragut dua nyawa di pekan Golok

SUNGAI GOLOK, THAILAND: Penduduk di sekitar bandar ini dikejutkan dengan insiden letupan bom dan berbalas tembakan yang meragut dua nyawa anggota berunifrom dalam tiga kejadian di lokasi berasingan malam tadi.

Dalam kejadian sekitar pukul 7 malam itu, dua anggota yang maut itu dikenali sebagai Muhammad Sabri Naswan dan Paipim.

Difahamkan, insiden tersebut menyebabkan lapan lagi individu lain mengalami kecederaan.

Tiga lokasi itu ialah berhampiran pasaraya Big C, persimpangan lampu isyarat dan padang bola sepak berdekatan dengan Stadium Sungai Golok.

Seorang penduduk yang mahu ...

Read More →
blank

Adam Adli mahu bertanding MPP demi PKR

KEPALA BATAS : “Kalau orang tanya, memang saya jawab betul. Saya mahu bertanding lagi (pemilihan PKR). Ini salah satu cara untuk saya sumbang balik kepada parti.”

Itu kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli Abdul Halim ketika ditemui pada Majlis Peluncuran Santuni Madani Kampung Baru Penaga yang diadakan bersama majlis berbuka puasa di sini, hari ini.

Adam Adli yang akan bertanding untuk kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan PKR, Mei depan berkata, hasrat tersebut sememangnya sudah lama direncana, namun, ...

Read More →
blank

Hospital Kudat terima sumbangan peralatan perubatan bernilai hampir RM100,000

KUDAT: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan sumbangan peralatan perubatan bernilai hampir RM100,000 buat Hospital Kudat bersempena Program Titian Kasih Lawatan Kerajaan Negeri Perlis Ke Sabah (Eks PerBah) 2025.

Menerusi penyerahan itu, hospital berkenaan menerima peralatan antaranya seperti Delivery Bed (Electrical), mesin hemodialisis, syringe pump, blood warmer, kerusi derma darah dan penimbang berat bayi.

Di samping itu, Unit Perubatan Transfusi Tuanku Syed Putra di hospital itu turut ditambah baik bagi memberi keselesaan buat pesakit di sana.

Penyumbang peralatan ...

Read More →
blank

JPN tangkap lelaki klon MyKad beli iPhone

ALOR SETAR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah menahan seorang individu yang dipercayai menggunakan MyKad palsu termasuk membuat pembelian iPhone di sebuah kedai di Cheras.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, lelaki warga tempatan berusia 35 tahun itu ditangkap di Kampung Pandan, Kuala Lumpur kira-kira pukul 7.30 malam, semalam.

Menurutnya, semakan di dalam dompet suspek mendapati dia juga memiliki sekeping lagi kad pengenalan milik individu lain yang dipercayai turut dipalsukan.

“Terdapat seorang individu ...

Read More →
blank

Polis terima laporan ketiga terhadap doktor pakar

GEORGE TOWN: Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa pakar forensik di sebuah hospital kerajaan di sini, yang telah ditahan polis buat kali kedua kelmarin kerana disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakitnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, ia menjadikan jumlah keseluruhan laporan diterima berhubung kes membabitkan doktor lelaki berusia 43 tahun itu kini bertambah kepada tiga.

“Mangsa ketiga merupakan wanita warga asing berusia 25 tahun. ...

Read More →
blank

Tidak sangka sudah ada bayi- Atikah Suhaime

PETALING JAYA: Pelakon, Atikah Suhaime gembira menimang cahaya mata pertamanya kira-kira pukul 5.17 petang tadi.

Bayi perempuan seberat 2.9 kilogram itu selamat dilahirkan di sebuah perubatan di Petaling Jaya dan diberi nama Lyla Mulan Teh. 

“Alhamdulillah tidak sangka sudah ada bayi.

“Lega sangat selepas melahirkan, sebab rasanya macam dah lama hamil,” katanya ringkas kepada Utusan Malaysia

Pelakon Pencuri Hati Mr. Cinderella itu juga sempat mengabadikan momen bahagia itu menerusi ...

Read More →
blank

Trump potong dana Universiti Columbia, dakwa amal anti-semitisme

blank

blank

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memotong geran persekutuan berjumlah AS$400 juta (RM1.76 bilion) kepada Universiti Columbia dengan alasan universiti itu gagal melindungi pelajar Yahudi daripada gangguan semasa protes menentang serangan Israel di Gaza. Empat agensi kerajaan menerusi kenyataan pada Jumaat berkata, mereka memansuhkan serta-merta geran dan kontrak persekutuan kepada Universiti Columbia kerana … Read More →

Page 578 of 2,284 «...550560570576577578579580...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X