PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Berhad menjangkakan pertumbuhan eksport 2024 mungkin berada di bawah sasaran mereka sebanyak 4.9 peratus (2023: -8.0 peratus) dan mengunjurkan pertumbuhan menjadi sederhana kepada 3.5 peratus pada 2025.
Bank pelaburan berkata, pertumbuhan eksport berkurangan sedikit kepada 4.7 peratus tahun ke tahun dalam 11 bulan pertama tahun ini (10 bulan: 4.8 peratus), sedikit di bawah sasaran pertumbuhan tahun penuhnya.
“Walaupun kami menjangkakan pecutan pertumbuhan pada Disember, ia mungkin tidak memenuhi jangkaan sepenuhnya ...