Melalui laporan FMT, seorang gadis yang baru menamatkan pengajian cuba mendapatkan pekerjaan tetapi gaji permulaan yang diminta iaitu sebanyak RM1800 dianggap ‘tinggi’ di negeri Sabah.
Bukanlah perkara yang luar biasa..
Saya ada ijazah dalam pengurusan teknologi, tetapi mereka tidak peduli dengan kelayakan saya.
Gadis bernama Norashikin itu membuat keputusan untuk berhijrah ke Semenanjung Malaysia susulan gaji yang ditawarkan lebih berbaloi mengikut kelayakan serta kemahiran yang dimiliki.