Ketua Pemuda UMNO menyatakan sokongan sekiranya kerajaan mahu melaksanakan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang culas membayar balik pinjaman mereka.
Tegas Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, peminjam perlu bertanggungjawab membuat pembayaran hutang kepada PTPTN demi generasi akan datang.
Kita ada tanggungjawab kepada generasi akan datang. Kalau mereka (yang culas bayar balik pinjaman) boleh pergi bercuti ke luar negara, takkan tak boleh bayar hutang, ini prinsip asas apabila berhutang.