PETALING JAYA: Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menceriakan peminat badminton di tanah air selepas beregu lelaki No. 1 negara itu mara ke pusingan kedua pada Kejohanan All England 2025 di Utilita Arena Birmingham, England, hari ini.
Gandingan No. 3 dunia itu menewaskan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-17, 21-14 dalam masa 37 minit.
Pada pusingan kedua, esok, Sze Fei-Izzuddin yang diletakkan sebagai pilihan kedua dijangka berdepan sama ada pasangan Thailand, Kittinupong Kedren- Dechapol Puavaranukroh atau Kim Won ...