Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro memberitahu dia menyerahkan gaji dan keuntungan kepada rakan baiknya, Ebby Yus sempena pembukaan cawangan kedua perniagaan makanan miliknya.
Memetik mStar Online, Ajak berkata dia menganggap Ebby seperti seorang bapa dan keputusan itu dibuat kerana mahu membantu meringankan beban pelawak itu serta menganggap ianya hadiah buat rakannya itu.
“Kita juga tahu Ebby kurang sihat, jadi dengan cara ini dapat membantu dia menampung kehidupan bulanan.
“Saya serahkan gaji saya di cawangan ini serta peratusan jualan seperti yang telah ditetapkan ...