KUALA LUMPUR : Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki Aksan,53, tidak menolak wujud permainan kotor politik dalam isu dakwaan salah laku perolehan projek bernilai RM4 juta di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang terpalit pada dirinya baru-baru ini.
Menurut Afdlin, dia percaya isu tersebut sengaja dimainkan memandangkan pemilihan parti semakin hampir.
“Bagi saya, dakwaan ini bermotifkan politik. Dunia politik memang sangat kotor. Sebagai orang yang berada dalam politik, kita kena pastikan kelompok kita kecil.
“Bila besar sangat, akan ada yang ...