PETALING JAYA: Pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli terus cemerlang di pentas Eropah dan menjadi anak Malaysia pertama melakar prestasi konsisten dengan tujuh podium.
Prestasi cemerlang itu menyaksikan pelumba kelahiran Terengganu itu mengungguli saingan Piala RedBull MotoGP Rookies selepas mengumpul 148 mata bagi musim 2025.
Semalam dalam pusingan keempat di Litar Mugello, Itali, anak muda berusia 17 tahun itu muncul naib juara selepas hanya dipisahkan 0.011 saat di belakang pemenang perlumbaan 2 iaitu Veda Pratama dari Indonesia yang mencatat masa terpantas ...