SAYA cukup kagum dengan penyanyi dan pemuzik tempatan yang komited menerbitkan lagu, apatah lagi jika berbentuk album long-play (LP) atau extended-play (EP) yang menuntut cabaran besar di zaman kini.
Oleh kerana kita tidak lagi berada di era 90-an dan 2000-an yang cukup gilang-gemilang perniagaan muziknya, pasti tidak mudah kerana banyak hal perlu dipertimbang terutama kos penerbitan, keadaan pasaran dan sasaran pendengar.
Bagaimanapun, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Amir Masdi, Amir Jahari dan Hazama antara nama besar ...