PUTRAJAYA: Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd menggalakkan orang ramai untuk bersama-sama membudayakan amalan membawa beg guna semula sebagai langkah mudah memastikan persekitaran lebih bersih dan sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata, sebagai peneraju dalam penyelesaian alam sekitar, mereka akan meneruskan usaha mendidik orang ramai mengenai penggunaan beg guna semula.
Ia sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian dan alternatif kepada beg plastik sekali guna yang memberi kesan terhadap alam sekitar termasuk pencemaran dan kemusnahan ...