GEORGE TOWN : Sebuah kereta mewah jenis Mercedes Benz C200 hampir musnah dalam satu kebakaran di Kilometer 18, Jambatan Kedua Pulau Pinang, di sini gara-gara terlanggar bateri lori yang dipercayai terjatuh di tengah-tengah jalan sebelum menaiki jambatan tersebut.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.29 petang ketika kereta tersebut yang dinaiki oleh dua individu dalam perjalanan dari Batu Kawan menuju ke Batu Maung.
Katanya, kemalangan berlaku apabila kereta terbabit terlanggar satu objek ...