PETALING JAYA: Datuk Seri R. Ramanan berkata, keputusan beliau bertanding jawatan Naib Presiden PKR adalah untuk membawa suara akar umbi kepada pimpinan arus perdana.
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Timbalan Ketua Penerangan 1 PKR itu berkata, ia juga bagi membolehkan pihaknya menyalurkan apa-apa bantuan dan menangani isu yang mereka hadapi.
“Selain itu, pemilihan kali ini bukanlah pemilihan parti yang biasa kerana ia menentukan hala tuju parti yang ketika ini menerajui Kerajaan Madani.
“Kedua, saya mahu memperkukuhkan kedudukan Presiden (Datuk ...