Blog

“Ini Adalah Kelahiran Semula Saya”

Tindakan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz menjadi perhatian apabila dilihat memadam semua gambar yang pernah dikongsikannya di Intagram miliknya.

Namun tidak dapat dipastikan sama ada Aliff memadam atau mengarkibkan (archive) semua gambar di Instagram tersebut.

Bagaimanapun, Aliff dilihar meninggalkan satu gambar dengan kapsyen mahu tampil dengan versi baru pada tahun 2025 serta menyifatkan ianya kelahiran dirinya semula.

“Ditempa dalam api, jatuh tapi tidak pernah hancur. 2025 kebangkitan diri baru. Ini adalah kelahiran semula saya,” tulisnya.

Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada ...

Read More →

Azri Fahmi sempat mohon maaf kepada rakan

JERANTUT: Remaja lelaki yang ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ketika melakukan aktiviti memancing di Kampung Jerantut Feri di sini pada Sabtu lalu sempat membuat hantaran melalui aplikasi WhatsApp memohon maaf dengan rakan sekolahnya sehari sebelum kejadian.

Rakan sekelasnya, Aidil Hakim Muhammad Shaiful, 14, berkata, mangsa, Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi memohon maaf pada sebelah malam Jumaat lalu kepada semua rakannya secara peribadi sekiranya ada kesilapan dan perkara yang menyentuh perasaan masing-masing.

“Saya terkejut pada petang hari Sabtu apabila menerima perkhabaran sedih ...

Read More →
blank

Kluivert jurulatih baharu Indonesia

PETALING JAYA: Wartawan bola sepak terkenal dunia, Fabrizio Romano mendedahkan legenda Belanda, Patrick Kluivert dilantik menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.

Romano dalam hantaran di Laman Facebooknya berkata, Kluivert menandatangani kontrak selama dua tahun untuk membimbing skuad Garuda selepas Shin Tae Yong dipecat.

“Kluivert telah menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan Indonesia, perjanjian sudah dimuktamadkan.

“Kontrak dua tahun dengan pilihan lanjutan dua tahun lagi, sesi pengenalan akan diadakan pada 12 Januari nanti di Indonesia.

“Sasarannya adalah untuk melepasi pusingan kelayakan Piala ...

Read More →
blank

“Tak Patut Kita Pukul Rata Semua Pelawak Ambil Dadah”

Pelakon dan penerbit Datuk Afdlin Shauki berkata tidak adil untuk menghukum emua anak seni terutama golongan pelawak hanya kerana perbuatan segelintir individu.

Memetik Kosmo, Afdlin berkata susulan isu melibatan dua pelawak yang ditahan kerana disyaki memiliki dadah tidak wajar untuk semua golongan pelawak dipandang serong.

“Tidak patut kita pukul rata dan anggap semua pelawak mengambil dadah. Ramai yang bekerja keras demi keluarga mereka tanpa terlibat dengan barang terlarang,” katanya.

Sementara itu, Afdlin berpendapat semua pihak sepatutnya bersikap adil dan tidak terlalu cepat ...

Read More →
blank

DSV Rasa Segar & Muda Sambung Master Di London

Rupanya, usahawan sensasi Datuk Seri Vida kini sedang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perniagaan di London Examination Board.

Vida sering dilihat menghabiskan masa di London bukannya bercuti  sebaliknya menyambung pengajian untuk tempoh setahun.

“Alhamdulillah sangat seronok menuntut ilmu disini, banyak belajar perkara baru tentang ilmu perniagaan dan pemasaran. Malah sejak sambung belajar saya rasa lebih segar dan muda.

“Saya ambil jurusan pengurusan dan perniagaan untuk master setahun dan lepas ini akan sambung PhD pula,” katanya.

Sementara itu, Vida menyangkal ...

Read More →
blank

UMNO takut disingkirkan dari kerajaan

KUALA LUMPUR: UMNO didakwa takut disingkir daripada Kerajaan Perpaduan apabila menarik diri dari menyertai himpunan solidariti untuk bekas Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berlangsung pagi tadi.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ramai yang tidak memahami mengapa UMNO menarik diri dari menyertai himpunan solidariti tersebut.

Kata beliau, kenyataan Yang di-Pertuan Agong tidak melarang perhimpunan dirancang itu, sebaliknya Duli Yang Maha Mulia hanya menjelascara pengampunan boleh diberi kepada mana-mana banduan.

Oleh kerana itu, jelasnya, perhimpunan berkaitan Titah Adendum untuk ...

Read More →
blank

Solidariti Najib: UMNO mungkin penakut – Mohd. Amar

ARAU: Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sifatkan UMNO penakut apabila tidak meneruskan perhimpunan solidariti buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, keputusan UMNO tarik ‘handbrake’ dengan tidak menyertai perhimpunan tersebut juga sangat memalukan sehingga sanggup tidak membela bekas pemimpin mereka itu.

“UMNO penakut, cakap saja besar tapi takut pada DAP. Bekas pemimpin mereka sendiri (Najib) pun tak nak bela kerana DAP tak setuju.

“Akhirnya terpaksa akur tarik ‘handbrake’. Sangat memalukan,” katanya ketika ditemui selepas Ceramah Mega ...

Read More →
blank

“Syukur Mikha Temui Pasangan Hidup Yang Terbaik Untuknya”

Umum mengetahui, anak kedua kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Beatrice Valeria Chitra pada Jumaat lalu.

Pasangan tersebut terlebih dahulu bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak disaksikan keluarga terdekat, rakan-rakan dan sahabat handai kedua-dua pihak.

“Sebagai seorang ibu, saya amat bersyukur melihat Mikha kini menemui pasangan hidup yang terbaik untuknya. Saya mendoakan agar perkahwinan mereka kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

“Dalam detik istimewa itu, dengan penuh rasa kasih sayang, saya ...

Read More →
blank

“Jika Perasaan Tidak Lagi Bersama, Untuk Apa Bertahan”

Dilihat tenang, usahawan Raf Yaakob menjawab persoalan netizen serta berkongsikan pandangan untuk meneruskan kehidupan selepas gagal dalam perhubungan.

Menerusi video di TikTok, Raf mengakui sukar untuk meneruskan kehidupan apabila sudah menyayangi seseorang serta memberikan segalanya.

Namun, Raf berkata tiada apa yang perlu dipertahankan jika tiada lagi kasih sayang dalam perhubungan serta percaya bahawa Allah mempunyai perancangan lebih baik.

“Memang benar sukar untuk ‘move on’ jika kita sudah sangat menyanyangi seseorang. Kerana anda sudah memberikan segalanya kepada dia.

“Namun pada akhirnya jika perasaan itu ...

Read More →
Page 505 of 1,951 «...480490500503504505506507...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X