TEL AVIV: Seorang ahli politik Israel memberi amaran negara haram itu kini menuju ke arah krisis Perlembagaan yang mendalam serta kemungkinan keruntuhan keseluruhan sistem pentadbiran akibat dasar-dasar Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
Mossi Raz yang merupakan bekas anggota Knesset dari parti sayap kiri Meretz berkata, perpecahan yang berlaku di Israel bukan berpunca daripada konflik dengan Palestin, sebaliknya disebabkan oleh perbezaan pendirian terhadap kepimpinan Netanyahu.
“Perpecahan ini melibatkan penyokong Netanyahu yang menyokong tindakan melemahkan demokrasi, menggalakkan rasuah dan menafikan hak rakyat, serta pihak ...