GEORGE TOWN : Seramai 341,708 pengguna di lima daerah di Pulau Pinang dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) pada penghujung Syawal ini iaitu bermula 25 sehingga 28 April depan.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, SWSI itu diramal berlangsung untuk tempoh antara 24 hingga 60 jam disebabkan pelaksanaan 23 projek kerja air secara serentak di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan para pengguna agar menyimpan bekalan air yang mencukupi sepanjang tempoh tersebut.
“Walaupun SWSI dijangka berlangsung sehingga 60 jam, namun, demi ...