Baru-baru ini, tular satu video di aplikasi TikTok apabila seorang lelaki berasa bingung melihat baju raya yang tiba di rumahnya.
Menerusi video tersebut, dia menjelaskan pada awalnya dia telah memesan sehelai baju Kurta berwarna hitam menerusi platform atas talian namun lain pula baju yang diterima.
Lelaki tersebut memberitahu dia telah menerima satu set Baju Kurung berwarna hitam.
Saya kena scam. Saya beli kurta, tapi sampai-sampai dapat ini (Baju Kurung).