NARATHIWAT, THAILAND: Tahanan reman ke atas Penyanyi lagu Bea Sobar Bea Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail atau Eda Ezrin bersama suami serta empat lagi rakan dilanjutkan sehingga 6 Ogos depan.
Memetik laporan portal tempatan apakhabartv.com Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini telah meluluskan permohonan pendakwa raya untuk melanjutkan tempoh memfailkan rayuan terhadap keputusan membebaskan kesemua individu terbabit.
“Kelulusan itu adalah yang terakhir dan tiada rayuan (tambahan tempoh reman) dibenarkan selepas ini.
“Mahkamah telah mempertimbangkan permohonan yang dibuat oleh pihak pendakwa raya hari ini yang ...