Pelakon dan model Zahnita Wilson mengaku sedih apabila anak sulungnya Zahrafeena sanggup keluarkan kenyataan tidak benar tentang dirinya.
Memetik Harian Metro, Zahnita berkata dia enggan melayan kenyataan anaknya itu serta menyifatkan Zahrafeena masih terlalu mentah dan tidak memahami apa yang berlaku.
Sementara itu, Zahnita berkata sebagai itu tidak semua masalah suami isteri perlu diketahui oleh anak-anak dan dia tidak mahu bercakap buruk mengenai bapa kepada anak-anaknya.
“Selama ini saya sebolehnya cuba merahsiakan segala masalah yang berlaku terhadapnya. Saya tak nak cakap buruk ...