Blog

Israel serang semula Beirut sejak gencatan senjata

blank

BEIRUT: Israel melancarkan serangan udara di Beirut buat pertama kali pada Jumaat, sejak menandatangani gencatan senjata dengan Hezbollah November lalu. Kepulan asap tebal kelihatan dari lokasi serangan di pinggir selatan Dahiyeh, dengan penduduk melaporkan bunyi letupan dapat didengar hingga ke pergunungan di sekitar ibu negara Lubnan. Serangan itu berisiko mencetuskan semula ketegangan antara Hezbollah dan … Read More →

blank

Aidilfitri: Kuala Lumpur mula lengang

KUALA LUMPUR: Suasana di ibu kota mula lengang apabila kebanyakan warganya sudah mula pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri.

Keadaan tersebut sudah dijangka walaupun beberapa lokasi tumpuan seperti di KLCC lazimnya sentiasa dipenuhi pengunjung terutama pada cuti hujung minggu.

Seorang pengurus kedai butik, Wan Muhammad Nasruddin, 31, berkata, suasana tersebut sememangnya lumrah semasa cuti perayaan Aidilfitri.

“Keadaan lengang sebegini sudah bermula sejak semalam, jalan raya juga tidak sesak dan perjalanan ke tempat kerja lebih lancar,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ...

Read More →
blank

Gempa: Doktor sambung bedah pesakit di luar hospital

blank

blank

BANGKOK: Sekumpulan petugas perubatan dari Hospital Besar Polis di Bangkok, Thailand mendapat pujian ramai selepas gambar mereka menjalankan pembedahan di kawasan terbuka tular, ekoran gempa bumi yang melanda semalam. Gambar dikongsi oleh pengguna media sosial Facebook menarik perhatian netizen yang menyifatkan mereka sebagai wira barisan hadapan dan memberikan sokongan penuh terhadap dedikasi pasukan perubatan itu. … Read More →

blank

Tentera Israel mengaku tembak ambulans di Gaza

blank

blank

GAZA: Tentera Israel hari ini mengaku menembak ambulans di Gaza, konon mengenal pasti kenderaan tersebut sebagai ‘mencurigakan’. Kumpulan pejuang Hamas mengutuk tindakan tersebut sebagai jenayah perang, kerana mengakibatkan sekurang-kurangnya satu kematian. Serangan yang berlaku pada Ahad lalu di kejiranan Tal al-Sultan, bandar Rafah di selatan Gaza, berhampiran sempadan Mesir dua hari selepas tentera udara Israel … Read More →

blank

Pemuda pukul warga emas dengan topi keledar, ditahan polis

MELAKA: Seorang pemuda ditahan polis selepas didakwa memukul seorang lelaki warga emas dengan topi keledar hingga terjatuh dalam kejadian di Cheng, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, memaklumkan, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 17 saat yang tular di Facebook, memaparkan insiden berkenaan pada hari ini.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati video tersebut dimuat naik oleh seorang individu yang menunjukkan pergaduhan di persimpangan masuk Taman Cheng Utama pada 27 Mac lalu.

Susulan kejadian itu, satu laporan ...

Read More →
blank

Suri rumah terjatuh pangsapuri, suami direman

MELAKA : Seorang lelaki direman enam hari bermula hari ini selepas dipercayai menjadi punca isterinya terjun dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Cheng, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek berusia 33 tahun ditahan di Balai Polis Batang 3 pada pukul 12.30 tengah hari tadi

“Kejadian berlaku sekitar pukul 8 pagi apabila mangsa berusia 35 tahun dikatakan bertindak nekad terjun dari balkoni rumah selepas bertengkar dengan suaminya.

“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.55 pagi daripada seorang ...

Read More →
blank

MPKB-BRI tetap Operasi Bazar Raya Aidilfitri setakat pukul 12 tengah malam

KOTA BHARU: Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menetapkan urus niaga dan operasi di Bazar Raya Aidilfitri setakat pukul 12 tengah malam.

MPKB-BRI dalam satu kenyataan berkata, peraturan tersebut bawah Aka Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil Penjaja.

“Jadi kami (MPKB-BRI) memohon kerjasama daripada semua peniaga untuk mematuhi arahan dan menutup operasi perniagaan sebagaimana notis,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, kegagalan mematuhi notis menyebabkan peniaga boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 171 dan
Undang-Undang Kecil Penjaja MPKB-BRI.

Terdahulu tukar kenyataan ...

Read More →
blank

Isu kasari peniaga belon: Beri peniaga kecil sokongan cari rezeki, bukan dikasari

KUANTAN: Insiden penjaja belon yang didakwa dikasari petugas pihak berkuasa tempatan (PBT) di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) di Kuala Lumpur, semalam memperlihatkan ketidakpatutan dalam tindakan penguatkuasa yang seharusnya lebih berhemah dan profesional dalam menjalankan tugas.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Nik Mohd. Ridzuan Kamarudin berkata, PBT perlu menyedari bahawa peniaga kecil yang mencari rezeki halal terutama pada musim perayaan ini harus diberikan ruang dan sokongan, bukan diperlakukan dengan cara kekasaran.

“Tindakan penguatkuasa tidak seharusnya mengutamakan kekerasan, tetapi mencari ...

Read More →
blank

ChatGPT bantu lelaki menang saman trafik di mahkamah

blank

blank

ALMATY: Seorang lelaki Kazakhstan menjadi individu pertama di negara itu menggunakan kecerdasan buatan (AI) ChatGPT untuk membatalkan saman trafik di mahkamah. Dalam kejadian pada Disember 2024, Kenzhebek Ismailov, 23, sedang membawa ibunya ke hospital apabila sebuah kenderaan di hadapan tiba-tiba berhenti tanpa sebab dan menghalang satu-satunya lorong untuk kenderaan biasa di jalan tersebut. Dengan tiada … Read More →

Page 496 of 2,295 «...470480490494495496497498...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X