KLANG: Kerajaan memberi jaminan bekalan barangan keperluan asas antaranya daging, ayam dan sayur-sayuran di seluruh negara mencukupi sempena sambutan Aidilfitri ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya ada menerima laporan mengenai kekurangan bekalan namun jumlahnya hanya kecil.
Jelas beliau, wujud kelompongan satu atau dua kawasan dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan bertindak segera bagi mengatasi masalah itu.
“Tahun ini aduan seumpama itu amat kurang dan semua (bekalan) sampai ...