LONDON: Amnesty International menggesa Hungary menahan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu ekoran laporan menyatakan beliau akan melakukan kunjungan rasmi ke negara itu pada Rabu ini atas jemputan rakan sejawatnya, Viktor Orban.
Sebelum ini, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap kepada Netanyahu susulan tindakan kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, Palestin.
Namun, Orban yang merupakan sekutu kuat Netanyahu memaklumkan beliau tidak akan menggunakan waran tersebut biarpun Hungary merupakan negara anggota ICC.
Ketua Penyelidik, Penasihat dan ...