PETALING JAYA: Sebanyak 48 kertas siasatan perlu dikendalikan pegawai penyiasat jenayah komersial secara purata dalam tempoh setahun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah itu berdasarkan nisbah jumlah kertas siasatan yang dibuka tahun lalu iaitu sebanyak 41,701.
Menurutnya, angka itu jika dibandingkan dengan jumlah pegawai penyiasat bagi JSJK iaitu seramai 875 sekali gus menjadikan nisbah purata jumlah pegawai kepada kes, iaitu 1:48.
Jelasnya, perkara itu adalah satu cabaran berat yang perlu dihadapi JSJK dalam usaha mendepani ...