PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menganggarkan sekurang-kurangnya empat jam api dapat dipadamkan sepenuhnya ekoran kebakaran yang berlaku daripada kebocoran saluran paip gas Jalan Putra Harmoni, Putra Height dekat sini hari ini.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jeneral Datuk Nor Hisham Mohamad berkata, anggaran masa tersebut diperlukan bagi baki gas dalam saluran paip sepanjang 32 kilometer itu habis terbakar.
“Petronas akan melepaskan gas secara asli serta kebakaran membabitkan tiga injap utama saluran paip injap 210 ke 211 dengan jarak ...