PETALING JAYA: Penduduk sekitar Putra Height dikejutkan dengan letupan besar umpama letusan gunung berapi diikuti dengan kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height dekat sini, pagi ini.
Kejadian itu mengakibatkan penduduk setempat lari bertempiaran meninggalkan kediaman malah ada yang terjun ke sungai berdekatan akibat bahang kebakaran terbabit.
Siasatan awal mendapati, kebakaran berpunca daripada kebocoran paip gas sekali gus menyebabkan kebakaran saluran sepanjang 500 meter (m).
Letupan yang menyebabkan api menjulang tinggi dapat dilihat orang ramai sejauh beberapa ...