Blog

Kebakaran saluran gas: 82 diselamatkan, 12 cedera

SHAH ALAM: Seramai 82 mangsa berjaya diselamatkan dengan 12 daripadanya cedera di lokasi kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Height, Subang Jaya setakat ini.

Pejabat Menteri Besar Selangor memaklumkan kesemua mangsa itu telah menerima rawatan awal.

“Mereka menerima rawatan di Surau Nurul Iman dan Kuil Sri Maha Kaliaman.

“Mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights,” katanya hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari meminta orang awam tidak mendekati lokasi kebakaran sehingga situasi kebakaran ...

Read More →

Mayat lelaki hilang ditemukan di Sungai Lubok Kedondong

TANGKAK: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ditemukan lemas di kawasan Sungai Lubok Kedondong, dalam kawasan Tampin, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, mayat mangsa dijumpai orang awam pada pukul 9.15 pagi, iaitubkira-kira 800 meter dari lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dengan terdapat kesan luka kecil pada badannya yang dipercayai akibat dihanyutkan arus deras.
Mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, kertas siasatan kes orang ...

Read More →
blank

‘Letupan umpama pesawat terhempas’

PETALING JAYA: Penduduk berhampiran Jalan Putra Harmoni, Putra Height dekat sini, mendakwa mendengar letupan kuat umpama ‘pesawat terhempas’ sebelum berlaku kebakaran membabitkan saluran gas di lokasi kejadian.

Penduduk ingin dikenali sebagai Cheng berkata, dia dan isterinay yang tinggal kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian mendengar bunyi letupan pada kejadian pukul 8 pagi.

“Ketika itu saya dan isteri baru bangun tidur dan terdengar bunyi letupan seperti pesawat terhempas.

“Kemudian bumbung rumah kami mula jatuh dan barang plastik di rumah ‘cair’.

“Ketika itu saya tidak ...

Read More →
blank

Bekalan elektrik penduduk Putra Heights pulih

PETALING JAYA: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di sekitar kawasan Subang Jaya, Selangor disebabkan kejadian kebakaran saluran gas di Putra Heights, pulih sepenuhnya.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan sepanjang kerja pemulihan berjalan.

“Kami ingin merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan yang terlibat atas kerjasama yang diberikan di sepanjang tempoh kerja-kerja pemulihan bekalan dijalankan.

“Kesabaran anda amat kami hargai,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, penduduk di sekitar kawasan Putra Heights dan Subang Jaya mengalami gangguan bekalan elektrik ...

Read More →
blank

Seorang maut 14 cedera nahas dua kenderaan ketika beraya

KLUANG: Seorang lelaki maut manakala 14 lagi cedera selepas dua buah kenderaan dinaiki mereka ketika berkunjung sempena Hari Raya Aidilfitri bertembung dalam kejadian di Kilometer 25 Jalan Renggam – Layang-Layang di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian pukul 8 malam itu melibatkan Kereta Honda Stream yang dipandu seorang wanita berusia 35 tahun dan membawa lapan penumpang berusia antara tiga tahun hingga 21 tahun.

Katanya, kenderaan kedua pula adalah Honda City dipandu Muhammad Amiruddin ...

Read More →
blank

DBKL sita sembilan penjaja warga asing tanpa lesen

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita sembilan penjaja warga asing yang beroperasi tanpa lesen dalam satu operasi khas di Jalan Silang, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Khoo Teik Ee.

DBKL dalam hantaran di Facebook memaklumkan, penjaja menjual pelbagai jenis makanan dan minuman secara haram dan melanggar Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016 menerusi Tindakan Khas Penjaja Warga Asing.

“Tindakan sita dan pemindahan barangan dilakukan serta-merta bagi memastikan tiada aktiviti perniagaan haram berleluasa di ibu kota,” katanya.

Semua barangan perniagaan yang ...

Read More →
blank

Lelaki lemas dihanyut kepala air di Air Terjun Asahan

TANGKAK: Seorang lelaki berusia 27 tahun dipercayai lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika mandi bersama dua rakannya di kawasan Kolam Air Terjun Asahan, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Talib berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.59 petang apabila Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memaklumkan kejadian tersebut.

“Mangsa bersama dua rakannya sedang mandi di kawasan air terjun sebelum tiba-tiba berlaku kejadian kepala air menyebabkan seorang daripada mereka dihanyutkan arus deras.

“Bagaimanapun, dua rakan ...

Read More →
blank

Gudang simpan gas di Putra Heights terbakar

PETALING JAYA: Sebuah gudang penyimpanan gas dipercayai milik Petronas terbakar kira-kira pukul 8.30 pagi ini, berdekatan Putra Heights, Puchong.

Menerusi penstriman langsung dalam media sosial mendapati, api menjulang tinggi dan mula merebak di kawasan setempat.

Ia mendapat perhatian susulan bahang yang dirasai oleh penduduk selain bunyi letupan dan bau gas.

Pasuakn Bomba dan Penyelamat dipercayai telah sampai di kawasan berkenaan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Source

Read More →
blank

Gempa bumi Myanmar: Dua mayat ditemukan SMART

PETALING JAYA: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia (MAS-01) ekoran gempa bumi di Myanmar, setakat ini menemukan dua mayat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tiga lokasi.

SMART dalam kenyataan memaklumkan, operasi hari pertama dijalankan di sebuah sekolah persendirian yang menemukan satu mayat guru wanita.

Katanya, mangsa dikesan menggunakan kamera IRIS pada 9.45 pagi (waktu tempatan) dan dikeluarkan pada 12.45 tengah hari, sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan.

“Pencarian menyeluruh di lokasi kedua di sebuah ...

Read More →
blank

Menara KL kini di bawah LSH Service Master Sdn. Bhd.

PETALING JAYA: Pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur (Menara KL) tidak menjejaskan operasi dan pekerja di menara komunikasi itu.

Kementerian Komunikasi menerusi soalan lazim (FAQ) mengenai konsesi pengurusan Menara KL memaklumkan, rundingan bersama syarikat konsesi baharu LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM) telah menggariskan terma-terma yang tidak menjejaskan operasinya.

FAQ itu juga memaklumkan semua pekerja sedia ada, yang berkhidmat dengan Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) diberi jaminan oleh kerajaan untuk terus ditawarkan pekerjaan oleh syarikat pengurusan baharu iaitu LSHSM bermula hari ...

Read More →
Page 480 of 2,286 «...450460470478479480481482...»

Kami telah pindah ke website baru. Sila layari https://ibsfocus.my

X